-

-

Sunday, September 18, 2011

Perkhidmatan PA Sistem di Open House Datuk Normaziah - Seksyen 9 - 15.9.2011

Berikut merupakan sedikit gambar yang sempat di ambil di Majlis Open House Datuk Nurmaziah bertempat di Seksyen 9 Shah Alam pada Khamis, 15 September yang lalu.

Memang meriah majlis Open House ini dan ramai tetamu yang hadir. Turut hadir adalah Datuk Siti Nurhaliza dan Suami, Datuk Seri Noh Omar dan ramai lagi artis-artis yang hadir.






Datuk Siti memang sporting, memilih lagu untuk sesi berkaraoke meghiburkan tetamu, berduet bersama tuam rumah. Hari ini dalam sejarah buat Isda Studio dan Isda Creative.




Emcee Berduet dengan Pelakon, Annahita.


Datuk Seri Noh Omar dan Datin Seri juga turut hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka ini.

Video Datuk Siti Menyanyi.



**Gambar kurang bermutu sebab guna kamera handphone jer.

Sunday, September 11, 2011

Perkhidmatan PA Sistem di Hotel Istana - Sempena Majlis Menyambut Menantu Dato' Dr. Hj Ahmad Laksamana dan Datin - 10.09.2011

Perkhidmatan PA Sistem dan pengacara Majlis sempana Majlis menyambut menantu keluarga Datuk Dr. Hj. Ahmad Laksamana di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Majlis berlangsung pada 10.9.2011 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Kami dari Isda Studio dan Isda Creative memberikan perkhidmatan PA Sistem dan juga Pengacara Majlis untuk majlis yang gilang gemilang ini.

Gambar Sekitar Majlis sementara menunggu ketibaan pengantin.



Sesi Rehasal Pagi.

Krew belakang tabir Isda Studio dan Penyanyi.

Emcee sedang rehasal dan praktis menyanyi sambil diperhatikan oleh Dato'.


Tuesday, September 6, 2011

Pakej Promosi Tahun 2011 I Pakej Lengkap

- Bersempena tahun 2011 ini. Isda Studio ingin mengadakan pakej lengkap promosi. Pakej lengkap untuk persembahan majlis perkahwinan yang akan memeriahkan majlis anda.

- Pakej lengkap yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pakej lengkap Persembahan Majlis Perkahwinan Berharga RM1,700.00 ini menawarkan 4 perkhidmatan utama. Antaranya.

1. Perkhidmatan PA Sistem Berkaraoke (Penyanyi dan Emcee disediakan)
2. Persembahan Tarian (3 jenis tarian) Penari merupakan kanak-kanak dibawah usia 12 tahun.

3. Persembahan Silat ( 2 persembahan) oleh pesilat terlatih dan sememangnya persembahan mereka bakal memeriahkan majlis anda.

4. Persembahan Kompang



** Jika berminat, sila hubungi kami di no telefon yang tertera di sebelah.

** Harga adalah untuk perkhidmatan Lembah Klang sahaja. Luar lembah Klang akan ditambah kos pengangkutan. Tiada kos2 lain yang tersembunyi.

Isda Excellence Studio - Pakej Perkahwinan dan Event Consultant. ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO  

Web Statistics