-

-

Monday, October 4, 2010

Perkhidmatan PA Sistem di Majlis Perkahwinan Faza & Umie

Bertempat di Dewan Kompleks Bandar Tun Razak, kami telah menyediakan perkhidmatan PA Sistem beserta tarian dan Silat. Majlis Berlangsung pada hari Sabtu, 2/10/2010.

Gambar akan diupload dalam masa terdekat.

Friday, October 1, 2010

Majlis Perkahwinan di Istana Bambu

Majlis perkahwinan yang diadakan bertempat di Istana Bambu Ulu Kelang. Majlis bersempena menyambut pengantin baru. Pn Azlina dan Mr. John. Majlis ini bermula jam 7.30mlm dan tamat lebih kurang jam 10.30mlm.

Di majlis ini kami menyediakan perkhidmatan tarian, PA Sistem dan juga silat. Pada awalnya pengantin hanya inginkan persembahan tarian, namun selepas beberepa perbincangan, pengantin bersetuju menggunakan perkhidmatan PA Sistem kami dan juga silat.

Kebanyakan pengunjung yang hadir termasuklah jemputan dari luar negara berpuas hati dengan pesembahan kami iaitu 3 tarian dan 2 persembahan silat.

p/s: Gambar takde sgt sebab photographer busy jaga PA sistem.

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Perkahwinan Saudari Shahida & Hilmi di Puchong Perdana

Perkhidmatan kami pada 18/9/2010 bersamaan hari Sabtu. Majlis persandingan saudari Shahida dan suaminya saudara Hilmi berlangsung jam 7.00mlm sehingga jam 12.00mlm. Kami memberi perkhidmatan PA sistem berkaraoke dan juga tarian untuk menghiburkan kedua mempelai. Berikut beberapa gambar sebelum, semasa dan selepas majlis:




Penyanyi yang kami sediakan bersama salah seorang penari.

Penari2 kami.

Pasangan pengantin yang dirai pada hari tersebut.


Sekian,
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi kami.

Isda Excellence Studio - Pakej Perkahwinan dan Event Consultant. ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO  

Web Statistics