-

-

Sunday, October 31, 2010

Majlis Perkahwinan Megat dan Isteri di Wangsa Maju

Majlis ini berlangsung pada 30 Oktober. Tapi hari ini baru sempat nak update sebab mmg takde masa nak update blog nie. Maklumla job setiap minggu ada. Alhamdulillahla.


Berikut antara gambar di majlis ini. Untuk pengetahuan anda semua, kami menyediakan perkhidmatan pengacara majlis dalam pakej kami. Bukan DJ. Pengacara majlis kami akan berpakaian baju melayu lengkap dan bukan baju t'shirt biasa jer.



Penari yang kami bawa sebagai salah satu pakej yang kami tawarkan.

Penyanyi sempat mendendangkan lagu.

Penari bergambar dengan pasangan pengantin di atas pelamin.
Jika berminat dengan perkhidmatan persembahan majlis perkahwinan, jangan malu dan segan untuk menghubungi kami. Kami sedang melakukan promosi untuk pakej lengkap Isda Creative.

Tuesday, October 26, 2010

Majlis Perkahwinan Azura dan suami

Majlis ini berlangsung pada 17 Sept 2010. Bertempat di Dewan Bandar Tun Razak.

Emcee kami berpakaian baju melayu lengkap.
relax sebentar menghormati azan Zuhor
fuhhhh..romantik sungguh dehhh
Pengantin lelaki dengan syoknya menyanyi lagu utk pengantin perempuan @ isterinya
Kakak pengantin perempuan sedang menyanyi.

Monday, October 11, 2010

Perkhidmatan PA Sistem Di Seksyen 7, Shah Alam

Di Tarikh 10.10.10 ini iaitu hari Ahad, kami berkhidmat untuk memeriahkan Majlis Persandingan Saudari Siti dan Saudara Fizi bertempat di dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam. Perkhidmatan PA Sistem kami bermula dari jam 9.00pg (walaupun belum ada yang datang) sehinggalah jam 4.30ptg.


Tahniah kepada pasangan ini dan semoga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Berikut merupakan sedikit gambar kami sedang bertugas.







Pengantin Lelaki menyanyikan lagu Penghujung Rindu yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Steadyla pengantin....

Kru Isda Studio dan Penari Kami tak ketinggalan untuk bergambar bersama pasangan pengantin.


Sekian.
Berminat untuk menjemput kami bagi memeriahkan majlis anda? Sila hubungu kami melalui borang yang telah disediakan atau hubungi no yang telah disediakan.
****Kami juga menyediakan perkhidmatan Tarian, Kompang dan juga silat.

Sunday, October 10, 2010

Perkhidmatan PA Sistem Di Jamuan Rumah Terbuka 9/10/10

Seperti minggu lepas, minggu nie ada job jugak dekat Keramat rumah Pak Lah (bukan Pak Lah mantan PM k). Event bersempana majlis rumah terbuka Aidilfitri walaupun Aldilfitri sudah tamat pada hari Khamis yang lepas. Namun, jamuan tetap terus diadakan kerana rakyat Malaysia memang suka menjamu sahabat handai, saudara mara.


Perkhidmatan PA Sistem kami bermula dari jam 12.00ptg sehingga ke jam 6.00ptg sebelum disambung oleh group kedua kami. Ramai tetamu turut mengambil kesempatan untuk menyanyikan lagu sepanjang majlis kerana sesi berkaraoke dibuka dari awal majlis, sehinggalah tamat prkhidmatan kami.

Semoga tahun hadapan Pak Lah sudu menjemput kami lagi untuk menghiburkan tetamu beliau.

Sekian.

Monday, October 4, 2010

Pakej Terbaru PA Sistem

Seperti sebelum ini, kami telah melancarkan 1 pakej promosi sempena bulan Ramadhan. Pakej promosi yang telah tamat ini berharga RM450.00 sahaja merangkumi servis PA Sistem berkaraoke, penyanyi dan juga percuma 1 tarian. Pakej ini talah tamat dan harga telah dinaikkan ke RM550.00.

Dengan harga RM550.00 ini, anda akan mendapat perkhidmatan kami yang terbaik iaitu PA Sistem berkaraoke, pengacara Majlis (penting bagi melancarkan majlis anda), penyanyi berpengalaman dan yang paling special adalah 1 tarian tradisional yang akan dipersembahkan ketika pengantin bersanding atau semasa pengantin baru tiba.

Tarian ini merupakan servis kami yang lain dari yang lain. Anda pasti terhibur dengan persembahan kami. Anda boleh lihat jenis tarian di www.isdacitrasari.co.cc.

Dengan bermottokan "yang terbaik untuk anda", kami akan memastikan majlis anda berjalan lancar dan akan sentiasa menjadi kenangan terindah anda jika anda memilih kami.

Harga pakej lain anda boleh semak di sebelah kanan blog ini atau di bawah ini:

1. PA Sistem bagi Majlis Perkahwinan.

Bagi Majlis Perkahwinan kami menyediakan 2 jenis pakej yang semestinya akan memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih. Pakej pertama adalah pakej lengkap, manakala pakej kedua adalah pakej ringkas tanpa penyanyi. Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan.

1A. Pakej ini termasuk :

Bagi Pakej ini anda akan dapat menikmati pakej murah kami dan anda juga akan diberi percuma 1 tarian tradisional untuk menyerikan lagi majlis anda nanti.
  • Berharga RM550.00
  • PA Sistem dengan peralatan berkomputer.
  • Pengacara majlis atau DJ berpengalaman.
  • Penyanyi berpengalaman.
  • Karaoke (melebihi 10,000 lagu pelbagai jenis muzik)
  • Perkhidmatan bermula dari jam 9.00 pagi - 4.00 petang (Tertakluk pada permintaan anda)
  • Set penuh termasuk 2 speaker + 2 monitor speaker.
  • Percuma : 1 tarian tradisional ketika bersanding/majlis pembukaan
1B. Pakej tanpa Tarian.
  • Berharga RM500.00 sahaja.
  • PA Sistem dengan peralatan berkomputer.
  • Pengacara majlis atau DJ berpengalaman.
  • Karaoke (melebihi 10,000 lagu pelbagai jenis muzik)
  • Perkhidmatan bermula dari jam 9.00 pagi - 4.00 petang (Tertakluk pada permintaan anda)
  • Set penuh termasuk 2 speaker + 2 monitor speaker.

2. PA Sistem bagi Majlis Jamuan, Sukan Tahunan dan Hari Keluarga.

  • Pakej ini berharga RM300.00
  • PA Sistem lengkap dengan peralatan berkomputer.
  • Sesuai untuk aktiviti indoor dan outdoor.
  • Teknikal individu yang menjaga PA Sistem sepanjang majlis/aktiviti.
  • Masa perkhidmatan mengikut jadual aktiviti anda.

3. PA Sistem bagi Majlis Seminar, Kursus, Ceramah dan Lain-Lain.

  • Pakej ini berharga RM300.00
  • PA Sistem lengkap dengan peralatan berkomputer.
  • Sesuai untuk aktiviti indoor dan outdoor.
  • Teknikal individu yang menjaga PA Sistem sepanjang majlis/aktiviti.
  • Masa perkhidmatan mengikut jadual aktiviti anda.

Perkhidmatan PA Sistem di Majlis Perkahwinan Megat dan Isteri

Majlis berlangsung di Ampang Indah. Kami menyediakan perkhidmatan PA Sistem berpenyanyi dan berpengacara majlis. Beserta 1 tarian percuma bagi menghiburkan pengantin yang juga raja sehari.

Perkhidmatan PA Sistem di Majlis Perkahwinan Faza & Umie

Bertempat di Dewan Kompleks Bandar Tun Razak, kami telah menyediakan perkhidmatan PA Sistem beserta tarian dan Silat. Majlis Berlangsung pada hari Sabtu, 2/10/2010.

Gambar akan diupload dalam masa terdekat.

Friday, October 1, 2010

Majlis Perkahwinan di Istana Bambu

Majlis perkahwinan yang diadakan bertempat di Istana Bambu Ulu Kelang. Majlis bersempena menyambut pengantin baru. Pn Azlina dan Mr. John. Majlis ini bermula jam 7.30mlm dan tamat lebih kurang jam 10.30mlm.

Di majlis ini kami menyediakan perkhidmatan tarian, PA Sistem dan juga silat. Pada awalnya pengantin hanya inginkan persembahan tarian, namun selepas beberepa perbincangan, pengantin bersetuju menggunakan perkhidmatan PA Sistem kami dan juga silat.

Kebanyakan pengunjung yang hadir termasuklah jemputan dari luar negara berpuas hati dengan pesembahan kami iaitu 3 tarian dan 2 persembahan silat.

p/s: Gambar takde sgt sebab photographer busy jaga PA sistem.

Isda Excellence Studio - Pakej Perkahwinan dan Event Consultant. ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO  

Web Statistics